Wednesday, 19 November 2014

Ar rahnu Yapeim

Assalamualaikum pembaca sekelian. Apa khabar hari ini? Cuaca mendung, rintik sikit pulak masa saya keluar rumah menuju ke Yapeim Putrajaya. Semalam, buat urusan ar rahnu. Harga segram 916 di ar rahnu hari ni RM128. Masuk
barang kemas 916. Berat emas kita x rm128 x 0.70% dapat la pinjaman tu. Saya dapat 70% sebab dah banyak kali buat. Bagi eminjam kali pertama, cuma boleh dapat 65% saja. Nak tengok harga yapeim setiap hari kat sini: www.yapeim.net.my

Tujuan nak buat ar rahnu macam2 tapi semalam sebab saya nak dapatkan modal masuk Instafx. Selain dari tu, kadangkala saya masukkan barang kemas untuk dapatkan modal beli emas baru 😄 Happy betul saya kalau berjaya tambah barang kemas saya. Target saya nak ada 1kg barang perhiasan 916 dan lebih lagi 😁😁😁😁😁😁


Masa bila saya nak beli emas? Saya tak kisah sangat bila sebenarnya... nampak je cantik, saya beli. Masa harga turun atau masa ada peniaga yang saya percayai jual murah segram harga emasnya contoh Kedai Emas FB@Farhan Biz dan Baitee Fauzi pemunya fb tu, trusted seller sebab saya dah 4 kali (5 barang emas) beli dengan mereka. Hari ni transfer duit, esok mereka pos barang saya. Lusa mesti saya terima dengan selamat barang saya tu. Tak rugi beli emas ni..! 


Lagi satu trusted seller saya ialah Diamond Eyes@Paradise's Gold 916 di Sabah. Sekali saya main kutu emas dengan group beliau dan baru2 ni saya beli Pandora charms dengan beliau. Harganya mahal sikit segram tapi dia ni ada banyak produk emas yang cantik2. Lagi pun saya tak cari atau survey ramai sangat peniaga sebab saya cuma cari peniaga jujur secara recommendation. Bila nak membeli barang pulak, saya akan tanya banyak perkara sebelum confirm nak membeli. Cerewet jugakkan!


Pasal saya memang crazy sangat dengan bling2 emas 916 ni, saya jadi ahli syarikat Powergold. Jenama gold barnya Amethyst. Bila jadi ahli ni, saya boleh tengok harga ahli, naik dan turunnya setiap hari dan beli bila masa sesuai. Ada 3 keuntungan jadi ahli ni, boleh beli untuk pakai sendiri, jual kat orang ramai dan ada networking sama tapi saya tak minat networking cari orang bagai..saya lebih selesa beli dan pakai emas untuk diri sendiri.



P/S: Solat witir sebelum tidur...


www.facebook.com/sdm4all
www.suriaemas.com/aniskayaemas





No comments:

Post a Comment