Friday, 12 December 2014

Kenduri

Assalammualaikum pembaca sekelian.

Baru-baru ini adik sepupu melangsungkan perkahwinannya. Minggu hadapannya, majlis menghantar ke sebelah suaminya di Sg. Haji Dorani, Selangor.  Kami bertunggu-tangga di "homestay" Sg. Haji Dorani kepunyaan makcik kepada suami adik sepupu saya ni.

Seronok tengok padi menguning, kehijauan bendang, dalam parit-parit yang dapat dilihat anak-anak ikan berenang-renang.  Kawasan yang sangat luas.  Sejauh mata memandang. Seronok juga melihat rumah pengantin dan adik beradik orang tuanya duduk sangat berhampiran. Boleh jenguk dari tingkap dan bersembang-sembang :)  Mungkin biasa saja pada orang lain, tapi saya rasa sangat bahagia melihat pemandangan tempat sebegitu cuma tidak tertahan panasnya hari!




Cantiknya kehijauan bendang...




Homestay di tengah sawah...



Rumah yang kami tumpangi menunggu masa untuk menghantar pengantin ke rumah kenduri



Bergambar dengan pengantin sebelum kami pulang...


*Moga anda berdua sihat sejahtera, bahagia hingga ke Jannah...aamiin....

Monday, 24 November 2014

Dunia Perniagaan Emas Power Gold Pembekal utama Gold Bar 1g mampu milik

Assalamualaikum pembaca sekelian. Hari ini, cerita pasal minat saya dengan perniagaan emas.

Powergold adalah syarikat pengeluar dan pembekal utama Gold Bar. Syarikat menawarkan harga TERBAIK dan samping itu menyediakan peluang perniagaan Emas dengan modal yang sangat Minimum!

Perniagaan Powergold adalah membeli dan menjual emas pada harga kilang. Produk powergold terdiri dari Gold Bar, Dinar dan Barang Kemas. Matlamat utama syarikat membudayakan Rakyat Malaysia atau lain-lain Negara menyimpan Emas sekurang2nya 1 gram setiap 1 bulan

Powergold juga bersedia untuk membantu usahawan baru untuk menceburi bidang perniagaan Emas hanya secara Online. Peluang terbaik untuk kita menjadi usahawan Emas Online tanpa perlu mengeluarkan modal yang besar dan kos selenggara bulanan yang tinggi, hanya gunakan kuasa di hujung jari tanpa sempadan

PEJABAT PENGURUSAN POWERGOLD.BIZ

PROFILE SYARIKAT
merupakan sebuah syarikat 100% bumiputera yang telah lama berkecimpungan di dalam industri perniagaan emas sejak lebih 11 tahun. Syarikat terlibat dalam menghasilkan produk barangan emas, jualan runcit dan borong juga membeli barangan emas terpakai. Selari dengan perkembangan dan kenaikan harga emas mendadak sejak 5 tahun kebelakangan ini maka pihak Syarikat merasakan sudah sampai masa untuk membuka peluang kepada masyarakat untuk memanfaatkan keadaan ini dan seterusnya menjadikan ia sebagai suatu perniagaan yang menguntungkan baik secara ONLINE mahupun OFFLINE (www.powergold.biz)

SYARIKAT AMETHYST GOLD CREATION SDN BHD (951063-K)
CEO : ENCIK AZRUL
COO: ENCIK TAKIYUDDIN


πŸ”†PRODUK-PRODUK SYARIKAT
 http://agc139.com/product/productlisting

▶ EMAS 999 adalah terdiri drpd GOLD BAR (1g, 5g, 10g, 20g, 100g, 1kg) dan SYILING DINAR (4.25g) 
▶EMAS 916 pula adalah barang kemas yg selalunya digunakan sebagai perhiasan (cincin, gelang, rantai tangan, subang dan lain2) bg kaum wanita...

πŸ”†Konsep POWERGOLD...??

Ape yg menariknya tentang powergold ini adalah ia menggalakkan semua lapisan masyarakat utk menyimpan EMAS sekurang2nya 1g 1bulan dgn harga yg sangat MURAH daripada harga pasaran dan ia juga menawarkan konsep 3 in 1 iaitu SAVING,TRADING & NETWORKING.

Saving: Membeli & Menyimpan EMAS sekurang2nya 1g 1 bulan...

Trading: Boleh menjadi usahawan EMAS online dan offline secara kecil-kecilan dan insyaallah besar-besaran...

Networking: Membuat rangkaian EMAS kepada sesiapa yg berminat dgn EMAS/kepada sesiapa yg ingin memulakan bisnes EMAS...

πŸ”†ANTARA KELEBIHAN MENJADI RAKAN NIAGA SYARIKAT
• Menjadi pemilik emas dan dapat mempelajari bagaimana menggandakan emas anda.
• Membeli barang kemas pada harga istimewa.
• Menambah pendapatan melalui keuntungan runcit & networking yang sangat lumayan.
• Menjadi “kedai emas” bergerak dengan modal yang paling minima...
• Menjadi rakan kongsi syarikat dan menerima syer dari syarikat setiap hari
• Diberi ilmu untuk memanfaatkan industri emas sebagai pelaburan masa depan..

πŸ”†PROGRAM MENTOR & MENTI
PERBADANAN USAHAWAN NASIONAL BERHAD

πŸ”†RAHSIA KEJAYAAN DALAM BISNES KEDUA :S.R.P 
S(SABAR) 
R(RAJIN) 
P(PERAMAH) 

πŸ”†SYARIKAT
PAKEJ-PAKEJ PERNIAGAAN

GOLD = RM380 (1G 999.9 )
SUPER POWER GOLD = RM3800 (10G 999.9 ) - STOKIS

BERKERJASAMA DENGAN PERBADANAN USAHAWAN NASIONAL BERHAD ( PUNB)

Kenapa Perlu Jadi Ahli PowerGold ?

1.Membership RM380/RM3800 - Join dapat emas 1 gram / 10 gram Gold Bar 999 atau Cincin 916 / Barang kemas sama berat nilainya
2.Dapat beli emas dengan harga agen/stokis, sama ada untuk jual atau simpan
3.Seminar (BOP) dan Training PERCUMA!
4.Harga Ahli /Stokis untuk Gold Bar 1 Gram 999 di JAMIN paling rendah di pasaran
5.Jaminan belian semula dari syarikat dan Kedai Emas yang menjadi Stokis Syarikat, spread jual beli 5-8% sahaja
6.Gold Bar yang disimpan boleh ditukar dengan emas siap seperti rantai atau gelang

Bila join ahli,  automatik anda akan menjadi penyimpan emas dan peluang utk dapat income tambahan dah terbuka..

Ramai ahli powergold yg aktif,  beli emas tak guna duit dari company. Hanya guna duit bonus syarikat je...

Kalau tak aktif pun,  kita sudah mula jadi penyimpan emas (alhamdulillah....)

Bagi anda yang betul2 berminat nak buat side income dan simpan emas,  sila reply/pm... ada group yg aktif sedia membantu anda✔

☞ harga emas semasa tengah rendah, jangan buang masa lagi,  takkan tunggu harga emas naik baru teringat nak beli. .✔


www.suriaemas.com/aniskayaemas
www.facebook.com/sdm4all




Wednesday, 19 November 2014

Jalan laju-laju

Assalamualaikum pembaca semua. Apa khabar hari ni? Pagi tadi suami ajak saya exercise @ jalan laju. Memang selalu dia ajak saya sebab dia tau saya bukan minat nak exercise. Semonyok-monyok saya tak nak exercise pun, bersiap jugak ikut dia. Bukan apa..kesihatan saya pun nanti bertambah baik jugakkan..!  Lagi pun dapat berdating@berkualiti time dengan suami berdua je tanpa gangguan..😁😁😁😁😁😁

Suami saya memang menjaga kesihatan dengan exercise selain menjaga pemakanan (bila saya masak sedap, dia makan bertambah-tambah juga...! 😁) Kami juga kurangkan kuantiti waktu makan malam selalunya. Kadangkala saya tak makan langsung bila dah minum  kopi 1 mug dan roti atau biskut waktu petang. Lagi pun bila hari tak hujan, petang2 dah menyapu garden. Bila malam dah penat, memang nak tidur awal je... 

Set exercise suami buat, memang buat saya "semput" bila nak buat sebab saya kurang stamina. Kalau dia buat, selalunya akan cukup 3 set. Satu set terdiri dari squatting 10 kali, push up 10 kali, star jump 1 minit@lebih kurang 70 lompatan, turkish get up 10 kali kanan, 10 kali kiri, side launge 10 kanan, 10 kali kiri dan star jump 1 minit semula. Buat benda2 tu 3 set. Pengsan!!!

Selalu suami akan ajak saya pergi exercise jalan laju 3 kali seminggu. Ikut je la.. Sekarang saya dah boleh jalan laju2 tanpa "semput" dah in shaa Allah.. Itu pun kalau saya teruskan lah.. Kalau berhenti balik exercise jalan kaki laju ni, pakai "semput" @ takde 
stamina balik la! 

P/S: Jaga kesihatan, jaga pemakanan, makan supplement yang sesuai ok!


www.facebook.com/sdm4all
www.suriaemas.com/aniskayaemas

Ar rahnu Yapeim

Assalamualaikum pembaca sekelian. Apa khabar hari ini? Cuaca mendung, rintik sikit pulak masa saya keluar rumah menuju ke Yapeim Putrajaya. Semalam, buat urusan ar rahnu. Harga segram 916 di ar rahnu hari ni RM128. Masuk
barang kemas 916. Berat emas kita x rm128 x 0.70% dapat la pinjaman tu. Saya dapat 70% sebab dah banyak kali buat. Bagi eminjam kali pertama, cuma boleh dapat 65% saja. Nak tengok harga yapeim setiap hari kat sini: www.yapeim.net.my

Tujuan nak buat ar rahnu macam2 tapi semalam sebab saya nak dapatkan modal masuk Instafx. Selain dari tu, kadangkala saya masukkan barang kemas untuk dapatkan modal beli emas baru πŸ˜„ Happy betul saya kalau berjaya tambah barang kemas saya. Target saya nak ada 1kg barang perhiasan 916 dan lebih lagi 😁😁😁😁😁😁


Masa bila saya nak beli emas? Saya tak kisah sangat bila sebenarnya... nampak je cantik, saya beli. Masa harga turun atau masa ada peniaga yang saya percayai jual murah segram harga emasnya contoh Kedai Emas FB@Farhan Biz dan Baitee Fauzi pemunya fb tu, trusted seller sebab saya dah 4 kali (5 barang emas) beli dengan mereka. Hari ni transfer duit, esok mereka pos barang saya. Lusa mesti saya terima dengan selamat barang saya tu. Tak rugi beli emas ni..! 


Lagi satu trusted seller saya ialah Diamond Eyes@Paradise's Gold 916 di Sabah. Sekali saya main kutu emas dengan group beliau dan baru2 ni saya beli Pandora charms dengan beliau. Harganya mahal sikit segram tapi dia ni ada banyak produk emas yang cantik2. Lagi pun saya tak cari atau survey ramai sangat peniaga sebab saya cuma cari peniaga jujur secara recommendation. Bila nak membeli barang pulak, saya akan tanya banyak perkara sebelum confirm nak membeli. Cerewet jugakkan!


Pasal saya memang crazy sangat dengan bling2 emas 916 ni, saya jadi ahli syarikat Powergold. Jenama gold barnya Amethyst. Bila jadi ahli ni, saya boleh tengok harga ahli, naik dan turunnya setiap hari dan beli bila masa sesuai. Ada 3 keuntungan jadi ahli ni, boleh beli untuk pakai sendiri, jual kat orang ramai dan ada networking sama tapi saya tak minat networking cari orang bagai..saya lebih selesa beli dan pakai emas untuk diri sendiri.



P/S: Solat witir sebelum tidur...


www.facebook.com/sdm4all
www.suriaemas.com/aniskayaemas





Sunday, 16 November 2014

Alkisahnya saya...



Assalamualaikum para pembaca sekelian...! 

Nama saya Anis Fazilla.  Surirumah sepenuh masa tapi lebih suka panggil diri saya "surirumah berkerjaya" 😁. Mana taknya kalau dari pagi dah bangun lepas solat subuh terus buat sarapan, siapkan anak2 nak ke sekolah, sikatkan rambut, ikat rambut, siapkan bekal makan di sekolah, hantar ke sekolah. Nasib baik 2 orang anak lagi dah besar, boleh uruskan hal diri sendiri. Fuhhh... lega....


Suami selalu kerja keluar negara@3 bulan keluar negara, balik cuti 2 minggu. Lepas habis cuti 2 minggu, kena keluar lagi (selagi kontaknya kat sesuatu tempat tu belum tamat, selagi tu la macam ni...) Balik 2 minggu tu pulak, bercuti 1 keluarga jadi aktiviti last sebab banyak hal2 yang suami perlu selesaikan sebelum dia kena outstation semula. Dah bertahun dah macam ni, sejak dia bujang, hingga kami ada anak 4. Anak yang paling bongsu pun dah 7 tahun!


Lepas balik dari sekolah lepas hantar anak2 tu,  bila tiba rumah, dah mula la kerja2 di rumah...@ sapu daun dari garden, keluarkan lauk pauk dari peti ais untuk masak lunch (pagi pun belum sarapan lagi ni...!), mula masukkan kain dalam mesin basuh, kemas kandang kucing, baru le dapat duduk makan sarapan (biasanya sarapan ringan je....)


Sebenarnya, saya dah pernah buat blog sejak 7 tahun lepas tapi langsung takde apa,yang nak diceritakan (kononnya lah..). Tergantung je la blog saya ni... Sejak 4 tahun lepas, cuba mula aktif balik nak menulis dalam blog tapi macam blurrr je....


Ada juga buat blog sebab meniaga online. Tersangkut sekerat jalan jugak sebab sibukkan di facebook je. Saya pengguna dan meniaga Jamu Seri Dewi Malam-Moden Tradisional. Ada juga meniaga online benda2 lain. Pernah jugak buat meniaga benda2 lain tapi agaknya tak jumpa yang betul2 berkenan di hati, sekerat jalan je blog ni... Kalau kat facebook, tu memang laju je... πŸ˜„ Ada beberapa page niaga saya ada! 😊


Sejak hari raya Aidilfitri 2014 baru2 ni, suami dah mula kerja di Malaysia semula kat Petaling Jaya. Anak sulung pun dah 16 tahun, boleh diharap tolong ibunya ni masak breakfast. Tak ada la nak terkejar2 menyiapkan sarapan, siapkan anak2, 

lepas tu jadi "driver", "cook", "gardener", "bibik terhormat" dlam satu masa. Belum apa2, pagi2 je dah kelam kabut, lepas tu jadi stress naik darah tinggi.  Alhamdulillah... ada je yang Allah permudahkan urusan setiap hari. Itu nikmat dan rezeki Allah beri juga tu! Syukur sangat2!


Ok lah, sebut tentang syukur, saya nak bersiap. Jom kita solat Dhuha! Bersedekah kepada anggota badan kita dan mensyukuri apa saja nikmat Allah beri selain dari menghargai kesusahan yang Allah turunkan kepada kita kerana dengannya kita belajar untuk tabah dan kuat, in shaa Allah..




P/S: Selawat dan istighfarlah selalu...



https://www.facebook.com/sdm4all
www.suriaemas.com/aniskayaemas