Nama saya Anis Fazilla. Surirumah sepenuh masa tapi lebih suka panggil diri saya "surirumah berkerjaya" 😁. Mana taknya kalau dari pagi dah bangun lepas solat subuh terus buat sarapan, siapkan anak2 nak ke sekolah, sikatkan rambut, ikat rambut, siapkan bekal makan di sekolah, hantar ke sekolah. Nasib baik 2 orang anak lagi dah besar, boleh uruskan hal diri sendiri. Fuhhh... lega....
Suami selalu kerja keluar negara@3 bulan keluar negara, balik cuti 2 minggu. Lepas habis cuti 2 minggu, kena keluar lagi (selagi kontaknya kat sesuatu tempat tu belum tamat, selagi tu la macam ni...) Balik 2 minggu tu pulak, bercuti 1 keluarga jadi aktiviti last sebab banyak hal2 yang suami perlu selesaikan sebelum dia kena outstation semula. Dah bertahun dah macam ni, sejak dia bujang, hingga kami ada anak 4. Anak yang paling bongsu pun dah 7 tahun!
Lepas balik dari sekolah lepas hantar anak2 tu, bila tiba rumah, dah mula la kerja2 di rumah...@ sapu daun dari garden, keluarkan lauk pauk dari peti ais untuk masak lunch (pagi pun belum sarapan lagi ni...!), mula masukkan kain dalam mesin basuh, kemas kandang kucing, baru le dapat duduk makan sarapan (biasanya sarapan ringan je....)
Sebenarnya, saya dah pernah buat blog sejak 7 tahun lepas tapi langsung takde apa,yang nak diceritakan (kononnya lah..). Tergantung je la blog saya ni... Sejak 4 tahun lepas, cuba mula aktif balik nak menulis dalam blog tapi macam blurrr je....
Ada juga buat blog sebab meniaga online. Tersangkut sekerat jalan jugak sebab sibukkan di facebook je. Saya pengguna dan meniaga Jamu Seri Dewi Malam-Moden Tradisional. Ada juga meniaga online benda2 lain. Pernah jugak buat meniaga benda2 lain tapi agaknya tak jumpa yang betul2 berkenan di hati, sekerat jalan je blog ni... Kalau kat facebook, tu memang laju je... 😄 Ada beberapa page niaga saya ada! 😊
Sejak hari raya Aidilfitri 2014 baru2 ni, suami dah mula kerja di Malaysia semula kat Petaling Jaya. Anak sulung pun dah 16 tahun, boleh diharap tolong ibunya ni masak breakfast. Tak ada la nak terkejar2 menyiapkan sarapan, siapkan anak2,
lepas tu jadi "driver", "cook", "gardener", "bibik terhormat" dlam satu masa. Belum apa2, pagi2 je dah kelam kabut, lepas tu jadi stress naik darah tinggi. Alhamdulillah... ada je yang Allah permudahkan urusan setiap hari. Itu nikmat dan rezeki Allah beri juga tu! Syukur sangat2!
Ok lah, sebut tentang syukur, saya nak bersiap. Jom kita solat Dhuha! Bersedekah kepada anggota badan kita dan mensyukuri apa saja nikmat Allah beri selain dari menghargai kesusahan yang Allah turunkan kepada kita kerana dengannya kita belajar untuk tabah dan kuat, in shaa Allah..
P/S: Selawat dan istighfarlah selalu...
https://www.facebook.com/sdm4all
www.suriaemas.com/aniskayaemas
No comments:
Post a Comment