Masa beliau sakit, beliau tinggal di rumah adik saya di Ampangan. Hampir setiap minggu melawat arwah mak. Awal2 masa beliau sakit, beliau masih boleh duduk, berbual, bergelak ketawa, makan minum sendiri, satu hari melawat mak, 1 hari lagi sebelum balik Putrajaya mesti bawak anak2 saya 4 orang ni ke Teluk Kemang, Port Dickson. Daripada tak tau jalan nak ke sana sendiri hingga dah tau jalan dengan bantuan Waze π dan boleh ingat selok belok jalan tu..
Lama kelamaan, tahap kesihatan beliau merosot, setiap minggu melawat beliau, cuma menjaga beliau siang malam. Hari Sabtu pagi pergi sana, Ahad petang balik Putrajaya. Suami saya masih kena kerja keluar negara ketika itu@3 bulan keluar negara, bila balik 2 minggu saja cutinya. Urusan anak2 & rumahtangga saya sendiri yang uruskan memandangkan saya surirumah.
Lebih 2 tahun beliau pergi, saya dah tak ke sana lagi. Adik busy dengan bisnes andaman pengantin, katering dan workshop kereta selain dari menguruskan anak2nya@ada dua orang masuk asrama dan universiti dan seorang lagi masih bersekolah rendah ketika itu.
Sekarang suami dah bekerja di Malaysia semula sejak 2 tahun lalu jadi beliaulah yang merancang percutian keluarga dan sebagainya. Saya suka suami kerja di Malaysia sebab ada di rumah setiap hari π Saya pun relax sikit tak terkejar2 nak urus anak2 & rumahtangga. Alhamdulillah anak sulung pun dah habis SPM, anak kedua dah 14 tahun, anak ketiga 10 tahun dan bongsu dah 8 tahun. Dah besar2 ni, mudahlah sikit.. Mudah banyak!! ππππππ
Kali ini kami sewa salah sebuah kondominium di Tanjung Biru Kondominium tu RM250 semalam, weekdays. Dapat tingkat ketiga di atas sekali. Ada lebih kurang 50 anak tangga nak sampai atas. Kalau berminat, hubungi nombor tuan punya kondominium: 012 358 5298 En. Brian.
Rumah ni ada dua bilik tidur katil saiz Queen, dua bilik air, dapur, ruang tamu, balkoni, Astro dan wifi. Sila bawa tong gas jika nak memasak di sini dan kad Astro sendiri jika nak lebih banyak siaran π
Sampai di sini sudah lebih jam 3.30, solat dulu lepas tu saya dan 2 anak kecil turun ke kolam mandi, kena jadi penjaga budak2 ni.. Dah lama juga kami tak mandi kat "swimming pool"ππππππ Dalam sejam lebih di kolam mandi kami ke laut Tg Biru pulak. Dah mula ada pencemaran....jumpa seekor anak ketam terapung2 mati kat tepi laut, botol air minum, paper cup, malah span basuh pinggan yg dah hancur dalam laut! Airnya
pun dah tak sebiru 3 tahun lepas ketika kami menjejakkan kaki ke sini...ππππππ
Saya sertakan gambar2 di sini...
Nak ke laut dekat je dengan kondominium ni..
Pemandangan ketika matahari nak terbenam
Kami makan malam di sini. Pada pendapat kami, portion makanannya walaupun "small" tapi sangat banyak dan sangat mengenyangkan. Jenuh juga nak meghabiskan semua... Untuk keluarga kami 6 orang RM103. Air 7 gelas sebab saya order teh tarik 2 gelas π Pendek kata untuk kami, kami sangat berpuas hati.
Kami dah bersiap2 nak check out.. Tunggu tuan punya tempat ni datang.
Sampai jumpa lagi semua dari aniskayaemas π






No comments:
Post a Comment